Monday, March 21, 2011

...Dalam Botol ;)


Karya Khir Rahman yg cukup panas tajuk nyer hehe.. cite ni sal Ruby atau nama sebenarnya Rubidin dan Ghaus merupakan pasangan bercinta sejenis. Kerana terlalu mencintai Ghaus, Rubidin sanggup berkorban mengubah identitinya kepada Ruby.

Bukan calang-calang pengorbanan yang dilakukan Ruby, identiti dirinya diubah menerusi satu pembedahan jantina. Namun, perhitungan Ruby itu telah salah kerana Ghaus tidak dapat menerimanya dalam keadaan fizikal seperti seorang wanita sekali gus menyingkir kan Ruby dari hidupnya.

Keadaan bertambah sulit apabila hormon lelaki dalam tubuh Ruby kembali menyerlah dan dia ingin kembali menjadi seorang lelaki. Malah Ruby mula jatuh cinta dengan seorang gadis yang baik budi.

Namun Ruby sedar jasadnya bukan lagi seperti seorang lelaki tulen kerana dia telah membuang alat sulitnya dan hidup bertuhankan nafsu.

perh.. nk nages air mata drah pon da x guna hoho :) xsbar nk tgok cite ni :) kua pgung khamis ni 24 mac :) jom pkat g tgok rmai-rmai.. skog la filem ank tmpatan!! hehe..

No comments:

Post a Comment